Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, May 29, 2020

P. Ramlee kembali ke Rahmatullah pada tarikh ini, 29hb Mei, 1973 yakni 47 tahun nan lalu. Al-Fatihah!

Allahyarham P.Ramlee @ Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh


Pada tanggal 29hb Mei, 1973, negara hipokrit ini kehilangan seorang Seniman Agung yang semasa hayatnya tidak terjulang sebagaimana Arwah di puja dan di puji hari ini.


Kenapa saya menyatakan begitu bahawa negara ini negara hipokrit? Apa tidaknya? Hanya setelah ia menghembuskan nafas nya yang terakhir setelah melalui hari-hari terakhirnya dalam penuh duka nestapa dan kecewa teramat sangat dengan cara ia di sisihkan mereka yang sepatutnya membantu ia mencapai cita-cita kerjaya nya di dalam dunia perfileman Melayu sebaik ia kembali ke Malaya sesudah Studio Malay Film Productions di Jalan Ampas, Singapura telah ditutup, segala macam pangkat dan anugerah hendak diberikan kepada memorinya.

Tan Sri lah! Doktor Kehormat lah! Menamakan jalan pakai namanya. Auditorium P.Ramlee lah! Studio Mini P.Ramlee di Finas lah!

Apa guna? Anak cucu nya merempat dan mahu di usir oleh DBKL dari rumah mereka kerana susah tak terbayar tunggakan cukai pintu! Royalti satu sen pun tidak di bayar kepada waris-warisnya.

Allahyarham P. Ramlee adalah seorang seniman cukup hebat tanpa ada tandingan bagi kebolehannya didalam pelbagai bidang didalam industri kreatif atau dunia perfileman, seni suara, seni muzik, penggubahan lagu, lawak jenaka, penulisan skrip atau pengarahan filem.



Namun Arwah P.Ramlee di khianati pelbagai pihak. Baik dari pihak Shaw Brothers, EMI malah Media Penerbitan serta Radio & Televisyen Malaysia. Belum lagi di kira pengkhianatan oleh anak didik Arwah sendiri iaitu Arwah Jins Shamsuddin.


Semasa P.Ramlee masih hidup, di akhir hayat Arwah, ia di perlakukan seperti sampah. 

Petikan dari perkongsian blog lain:
Pada penghujung kariernya, P. Ramlee telah di jemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk 'Konsert 3 Ramlee' yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie. Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah 'boo' beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.
Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya. Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat kekayaan dari lagu-lagunya.
Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.
Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling sedih buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah/ berlakon filem dsbnya sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian. Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk meminjam wang.
Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat show/ menyanyi...bila arwah pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja. 
Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu di calonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan. 
Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka...akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang Aziz Sattar.
" Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka...saya dah tua. Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa," katanya pada iparnya, Maryam. 
P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sampai hanya makan nasi dengan telur...
Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan meninggal dunia...Al-Fatihah.

H.M Shah membiayai pengebumian Alllahyarham P.Ramlee, dengan memberikan wang sebanyak RM3,000 kepada Saloma.

Jenazah P.Ramlee dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.



Saya berusia 15 tahun semasa P.Ramlee meninggal dunia. Saya masih ingat bahawa hati saya sungguh sedih apabila mendapat perkhabaran itu. Saya menyorok di bawah tangga rumah kami di kampong. 

Saya menangis penuh hiba kerana saya adalah seorang peminat tegar P.Ramlee sampai ke hari ini dan peribadi saya ini amat terkesan dengan segala pembawaan P.Ramlee baik di dalam tuturkata saya atau rasa cinta terhadap sastera dan kebudayaan serta adat resam orang-orang Melayu.

Geng P.Ramlee. Begitu lah pengenalan diri saya ini kerana membesar di era dan zaman kegemilangan filem-filem P.Ramlee. Tiada apa yang perlu merasa malu terhadap pengakuan sebegitu.

P.Ramlee membawa bangsa Melayu ke persada ketinggian adat budaya dan bahasa. Dailog-dailog di dalam filem-filemnya dan bait bait lirik di dalam lagu-lagunya melambangkan ketinggian tatasusila dan peradaban Melayu. Didalam lagu lagu nyanyian nya, sampai ke hari dan saat ini, kita boleh menikmati dan menghayati kehalusan berbahasa dan menuturkan kata serta meluahkan rasa cinta terhadap wanita, nusa dan bangsa.

Sebagai contoh, dengarkan lagu berjudul 'Jangan adik angan-angan' dari filem 'Musang Berjanggut' nya ini:

Saya masih teringat pesanan P.Ramlee kepada masyarakat tanahair ini untuk memelihara dan menyuburkan khazanah budaya bangsa.
Sempena hari ulangtahun ke 47, kepulangan P.Ramlee ke Rahmat Allah pada tarikh hari ini, marilah kita hadiahkan kepada Arwah, bacaan Surah Al Fatihah sebagai titipan kita untuk Arwah kesayangan kita semua.
Amin ya Rahman.

Politik Malaysia semakin kotor - Apa masa depan negara kita?

Mazlee, Mukhriz, Tun Dr M, Syed Saddiq, Amiruddin

Apakah perlu terkejut dengan pemecatan Tun Dr. Mahathir Mohamad, anak nya Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq, Mazlee Malik dan Amiruddin Hamzah dari Parti Pribumi Bumiputera Malaysia? 

Sesudah tindakan ke 5 individu tersebut di atas memilih untuk duduk di kerusi pembangkang di dalam persidangan sehari Dewan Rakyat pada 18hb Mei 2020 yang lepas, sudah semestinya akan ada natijah dari perbuatan dengan sengaja mereka itu yang perlu di tanggung dari perbuatan itu.

Mahathir & Co tidak boleh menganggap bahawa mereka bebas berbuat apa sahaja kerana sebagai anggota sesebuah parti politik, sudah tentu mereka perlu akur dengan apa apa sahaja ketetapan dan peraturan parti.

Perkata terhormat yang sepatutnya kelima mereka yang terbabit ini lakukan adalah mengisytiharkan diri keluar dari PPBM sekiranya sudah tidak mahu lagi menyokong Presiden PPBM, YAB Tan Sri Muhyddin Hj Yasin dan mahu duduk bersama ahli ahli Parlimen Pembangkang.

Tidak logik lah nak terus dikira sebagai ahli Parlimen dari PPBM tetapi pergi duduk bersama Pakatan Harapan yang kini sudah jadi blok Pembangkang. Berani buat ; berani tanggung lah!

Apakah merasa diri bebas melakukan apa saja? Merasa diri 'above the law'? Setiap orang di dalam negara Malaysia ini tertakluk kepada hukum hakam dan perundangan negara. Tidak boleh berbuat sesuka hati.

Malah, sepatutnya dikuatkuasakan undang undang anti-lompat parti. Barangsiapa yang lompat parti selepas menang bertanding didalam pilihanraya baik di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat mesti hilang kedudukan sebagai ADUN atau Ahli Parlimen serta-merta dan segala emolumen atau ganjaran yang diberikan kepada mereka di hentikan serta-merta juga.

Rakyat mengundi seseorang itu di atas tiket ia mewakili parti politik tertentu atau bertanding sebagai calon bebas. Ini tidak. Sebaik ia mengangkat sumpah sebagai ADUN atau Ahli Parlimen mewakili sesuatu parti politik, tiba-tiba, demi kepentingan peribadinya, ia mengisytiharkan diri tidak lagi menyokong kepimpinan parti politiknya dan mahu merubah kedudukan, pergi menyokong parti lawan atau bebas.

Perbuatan begini adalah pengkhiantan terhadap kepercayaan para pengundi mereka dan parti yang meletakkan mereka sebagai calon mewakili parti. Mesti ada dikenakan denda atau natijah terhadap pengkhianatan tersebut. Bukan diberi ganjaran dengan kenaikan pangkat dan di berikan jawatan pula.

Ini adalah merestui perbuatan khianat seseorang ADUN atau Ahli Parlimen terbabit. Tidak ada integriti pada seseorang pengkhianat seperti itu.

Malangnya, didalam sistem politik tanahair kita, pengkhianatan seperti ini diperbolehkan. Sesuatu kerajaan yang di lantik secara demokrasi boleh tumbang dengan pengkhianatan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli-Ahli Parlimen.

Jadi satu kerja pulak, melibatkan kos-kos tambahan didalam merubah kedudukan kerusi-kerusi di DUN atau Dewan Rakyat berikutan dengan perubahan kuasa itu. Duli-Duli Tuanku Sultan dan Yang Di-Pertua Negeri perlu lah pula memanggil seorang demi seorang ahli DUN atau Dewan Rakyat itu untuk menentukan siapa pula yang mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk sesuatu kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan.

Semua ini kerja membazir dan menyusahkan negara dari segi kestabilan politik dan menjejaskan kedudukan ekonomi negeri dan negara. Cukup cukup lah berpolitik secara kotor begini dan kembali lah kepangkal jalan.
Berusaha lah untuk menggembeleng tenaga membina dan memajukan pembangunan negara yang tercinta dan hentikan lah usaha gelojoh masing-masing untuk mengumpulkan harta tak sudah-sudah!

Harta yang sudah terkumpul takkan habis dibelanjakan anak isteri untuk tujuh atau lebih keturunan. Bukan boleh diangkut bawa bersama kedalam liang lahat atau lubang kubur. Kain kapan tetap putih untuk yang mengaku diri tu beriman. 

Tetapi tunggu sajalah soalan para Malaikat Munkar dan Naqir didalam kubur nanti! Kalian tidak akan terlepas bebas dari natijah akan apa yang telah kalian lakukan di atas muka bumi ini dan dari dosa dosa pengkhianatan yang telah kalian kerjakan. Takan ada kabel politik di dalam kubur kalian nanti. Percaya lah.

Sementara itu, ada seorang ni yang suka makan keropok Super Ring bertanya,' Dengar kata, ada orang kena pecat!' 



Monday, May 25, 2020

Royal Malaysian Police are the best when teaching illegal racing motorcyclists caught on the highway!



What can I say? Malaysia has the best Police Force in this side of the world! 

Just watch the video above and see how our #PDRM officers are treating the illegal racers caught speeding on our highways on the Eve of Aidilfitri or Eid as you would want to call it.

The police officer is having the time of his life calling out the Azan Aidilfitri whilst the caught illegal racers have to push their bikes to the nearest police station whilst the patrol car is following them!

Hahahahaha! Serves them right!

Sunday, May 24, 2020

Teks Khutbah Solat Sunat Aidilfitri 1441 Hijrah - Panduan Khatib Segera seNusantara!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ya Ikhwanul Muslimin. Saya ingin berkongsi panduan Teks Khutbah Aidilfitri yang ringkas tetapi amat penting berikut bagi kita yang menjadi suami/ ketua keluarga bagi tugasan sebagai Khatib Segera pagi esok! 😅😁😆
Ingat ketupat saja ke yang ada segera? Hehehehe..

Klik kat pautan di bawah ini dan muat turun ke komputer laptop atau tablet anda:

1hb Syawal, 1441 Hijrah ni, Allah Azza Wa Jalla memberikan Tauliah Khas Cukup Istimewa ini melantik sekelian kita, kaum Adam Alaihis Salam, untuk menjadi Khatib Solat Sunat Aidilfitri selepas sebulan Ramadhan menjadi Tok Imam Tarawih, 1441 Hijrah juga.
Allah cukup sayang kita, tuan tuan. Ingat senang ke nak dapat jadi Khatib?
Nak kena gi 'training' bagai nak rak kat Akademi akademi Islam dan kemudian kena melalui pelbagai tapisan JAKIM, JAIS, JAWI dan segala JA yang dok ada!
Makanya, rebutlah peluang teristimewa ini pagi nanti. Bawa bertenang. Usah kalut dan kelam kabut. Kalau tersasul ke apa, orang rumah dan anak anak takkan kata apa apa melainkan tergolek terguling, ketawa berdekah-dekah selepas beri salam nanti. 🤣😅😁
Steady aa Tok-Tok Imam/Khatib Segera 👍💪✊
Semoga wabak Covid 19 ni akan tiada lagi dalam waktu-waktu terdekat. Amin ya Allah 🤲🤲🤲🤲🤲
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali saya,
Haji Zainol Abideen
@ Blogger Mahaguru58.


Andaikata ada salah dan silap saya terhadap sesiapa, saya mohon kemaafan dari anda.
Akhir kata, jangan dok pi main mercun bola, ya! Putuih jari jemari nanti. Jangan menyesai tak sudah!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillah il hamd!

Friday, May 22, 2020

Tun Dr.Mahathir tetap anti Anwar Ibrahim dan DAP serta akan pelotaq PH ke hujung nyawa?

Rakaman Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) Penuh 21 Februari 2020


Nampak gaya, mantan PM ke 4 dan ke 7, pasti akan terakam di dalam sejarah sebagai pemimpin politik Malaysia yang paling ligat kepala otaknya dan yang paling tidak konsisten didalam kata kata dan kenyataan media nya berhubung pendirian nya di dalam menentukan dasar serta keputusan nya terutamanya mengenai menyerah kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8, menggantikannya.

Secara peribadi, saya bersyukur dengan apa yang Tun Dr. Mahathir Mohamad telah buat dengan meletakkan jawatan sebagai PM ke 7, sekaligus menghancur-leburkan peluang serta harapan Anwar Ibrahim seraya menyebabkan DAP, PKR dan Amanah punah ranah, hilang kuasa sebagai Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Nak buat macamana? Bayangkan jika Tun Dr.Mahathir benar-benar menyerah kuasa sebagai Perdana Menteri ke 7 kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan DAP-PKR-Amanah untuk menjahanamkan terus saki baki kuasa politik yang ada pada orang-orang Melayu serta kedaulatan Islam di Malaysia! 

Silap haribulan, negara Malaysia ini yang merupakan gabungan 9 Kesultanan Melayu terakhir di Semenanjung Tanah Melayu ini yang masih wujud dan berkuasa setelah kesemua kesultanan-kesultanan Melayu yang lain di rantau Nusantara ini hilang lenyap kecuali hanya tinggal Kesultanan Brunei Darussalam sahaja di Borneo, Malaysia akan menjadi sebuah republik yang di kuasai DAP seperti apa yang telah berlaku di Singapura di kuasai PAP! Melayu di Singapura hari ini yang cuma mampu mengeluh dan menyesali nasib mereka.

Secara proksi nya selama 22 bulan sejak memenangi PRU ke 14 yang sudah, DAP telah memerintah Kerajaan Persekutuan Malaysia walaupun berperdana-menterikan Tun Dr. Mahathir Mohamad setelah hanya beliau yang ada ketokohan kepimpinan yang masih di sokong rakyat Malaysia ketika itu selepas Kerajaan BN di bawah pentadbiran PM ke 6, Dato Seri Najib Razak bergelumang dengan pelbagai kontroversi rasuah dan skandal penyelewengan dana 1MDB sehingga negara berhutang kepada China lebih dari RM1 Trillion akibat pinjaman demi pinjaman dana untuk menampung kos pembinaan pelbagai infrastruktur mega.

Saya kira secara dasarnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap tidak gemar untuk bersama DAP yang menjadi musuh politik nya sejak dari dahulu lagi! Apatah lagi untuk membuka peluang kepada Anwar Ibrahim yang ia memang benci sejak terbongkarnya skandal Anwar pada zaman penghujung tahun 90an!


Hari ini dengan terdedah nya apa yang sebenarnya telah di ucapkan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21hb Februari, 2020 lalu, terserlah lah betapa berbolak-balik nya lidah Tun Dr. Mahathir bila ia berkata sesuatu tentang sesiapa sahaja yang berkaitan di dalam arus politik nya hari ini dan menyangkalnya secara total esok bila apa yang telah dikatakannya terbongkar. 



Pada hemat saya, bila kita membincangkan tentang integriti ahli-ahli politik di negara kita ini, memang sudah tiada sesiapa yang berdiri teguh dengan apa-apa yang telah di ucapkannya berkenaan apa sahaja. Makanya rakyat Malaysia perlu mengambil sikap berhati-hati didalam menyokong sesiapa sahaja di dalam dunia politik negara. Kebanyakan mereka kaki putar alam. 


Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim mengesahkan ketulenan rakaman penuh Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang di dedahkan ini. 

Secara kesimpulan, kita semua tahu bahawa kaki kacau politik negara sekarang dan di masa akan datang adalah tidak lain tidak bukan tetapi si polan yang tertera wajah nya di bawah ini:


Nampak gaya sekali lagi Che Det nak derhaka terhadap Titah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Tuanku Al Sultan Abdullah supaya tidak menimbulkan apa apa masaalah lagi berkenaan kesahihan Kerajaan Persekutuan di bawah PN!

Entah lah! Mungkin gangguan ini hanya akan berhenti bila Sayyidina Iz'rail Alaihis Salam datang berkunjung tanpa temujanji, agaknya?

Thursday, May 21, 2020

Suara Takbir versi gesekan biola oleh Abdul Aziz Abdullah @ Ajizz



Nikmati lah lagu 'Suara Takbir' instrumental gesekan biola oleh pemuzik tempatan, Saudara Abdul Aziz Abdullah atau Ajizz, rakan alumni Kuatagh84, MRSM Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Ajizz juga pandai bermain gitar dan boleh di hubungi di talian +60142965959 sekiranya anda inginkan majlis atau acara anda di serikan dengan persembahan nya. 

Friday, May 15, 2020

LAGU RAYA 2020 MALAM KELAM TANPA BINTANG Ciptaan Johan Iskandar @ Nakhoda Hitam



Halwa Telinga sungguh! Memang sedap lagu 'Malam Kelam Tanpa Bintang' nyanyian Radhi dari Melaka ciptaan kawan saya Dr. Johan Iskandar.

Lagu nya membawa kita kembali ke zaman lagu lagu klasik nyanyian Seniman Negara, Allahyarham P.Ramlee dan suara Radhi mirip Allahyarham Biduan Aziz Jaafar! 


Saya ucapkan Syabas dan Tahniah kepada Johan Iskandar! Johan adalah seorang aktivis Seni Budaya dan Warisan Busana Melayu Zaman Berzaman dan Pengarah Alam Melayu

Semoga Johan terus menghasilkan karya karya istimewa seperti ini sebagai halwa telinga kita semua. 

Tajuk Lagu:
Malam Kelam Tanpa Bintang (Lagu Hari Raya)
- Pencipta Lagu: Johan Iskandar
- Pencipta Lirik: Johan Iskandar
- Muzik: Johan Iskandar
- Penyanyi: Radhi

tapi kalau nak UNDI kena LIKE dan KOMEN dalam https://youtu.be/_kCyHHeTYJE sahaja dikira

Sunday, May 03, 2020

Sindiket MyKad Palsu! Nampak gaya kena rombak dan siasat seluruh #JPN! Tan Sri Muhyiddin sila bertindak!



Hancur! Lingkop Malaysia bila dah seteruk begini! Memang kena urut dada tak sudah bilamana saya mendapat kiriman rakaman video ini dari seorang kenalan yang berjaya berkongsi dengan saya dari sebuah WhatsApp Group yang dapat memuat turun rakaman percakapan telefon ini dari sindiket menjual MyKad kepada seorang warganegara Pakistan!



Cina sindiket ni siap boleh kata,'Saya sudah Kaw Tim!' dengan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara!!!

Saya harap #KDN yang di bawah pentadbiran Menteri Dalam Negeri Dato Seri Ismail Sabri akan terus bertindak menyiasat petualangan dan pengkhianatan terbesar di dalam negara kita yang tercinta, Malaysia ini!!!

Semoga pihak berwajib dapat menyiasat dan mengesahkan ketulenan rakaman telefon di antara sindiket menjual MyKad ini dengan warga asing!

Na'uzubillahiminzalik!

Setahu saya Keenterian Dalam Negeri terletak di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Maka YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Yasin selaku Perdana Menteri kita harus lah merombak seluruh Jabatan Pendaftaran Malaysia kerana sudah rosak teruk sampai ada pegawai-pegawainya yang berkomplot bersama sindiket haram menjual #MyKad yang sekaligus membahayakan keselamatan negara kita!

Patutlah pembunuh pembunuh upahan seperti yang menembak mati As Syahid Dr. Fadi al Bahst boleh terlepas keluar dari negara kita dengan begitu mudah sebelum ini.



Dengan adanya para petualang, pengkhianat negara seperti pegawai-pegawai JPN yang korup, makan duit haram dengan sindiket penjual MyKad dan Paspot Malaysia, apalah yang boleh kita buat?



Wajib rombak semula JPN dan mana-mana pegawai yang sabit kesalahannya menjadi tali barut sindiket harus di tembak mati sebagai pengkhianat negara!!!



Kita semua harus menolak sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan sindiket pengkhianat negara!

Ikuti pendedahan oleh seorang wartawan tentang penjualan MyKad Palsu kepada warganegara asing melalui sindiket seperti ini di Sabah!


Isu Pasar Borong Selayang berpunca dari sikap Tauke-tauke Cina yang beri ruang kepada PATI! Saksikan!


Memang betul apa yang Brader India ni cakap! Tauke tauke Cina Pasar Borong Selayang yang membuka peluang kepada pendatang-pendatang asing seperti Rohingya, Nepal, Bangla dan macam macam lagi untuk bermaharajalela dan menjahanamkan persekitaran pasar itu dengan segala sampah sarap mencemarkan alam di sana.

Hadam lah apa yang Brader India ni cakap. #DBKL jangan nak salahkan sesiapa yang lain lagi. Jujur lah memegang kuasa dan bekerja lah dengan amanah. Usah menggadaikan maruah bangsa dan tanahair kita dengan menutup mata terhadap kepincangan laku sesetengah pegawai penguatkuasa DBKL yang sanggup makan suap duit haram sogokan dari pendatang-pendatang asing tak sah itu.

Lingkup negara kita bila masa berganti masa tetapi perangai anggota-anggota penguatkuasa DBKL terus menerus menjadi punca kenapa Rohingya, Nepal dan Bangla berbuat sesuka hati mereka di kawasan Selayang dan lain-lain tempat di dalam Malaysia!

Bukan sehari dua masaalah pendatang asing tanpa izin Rohingya, Nepal dan Bangladesh ni buat hal di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur di kawasan Selayang. Sudah lebih 40 tahun, kawasan Pasar Borong di Selayang itu bertukar menjadi begitu kotor dan tercemar kerana PATI Rohingya ini begitu pengotor dan berniaga secara haram di persekitaran Pasar Borong tersebut.


Orang-orang tempatan, warganegara Malaysia pula tertekan sebab Rohingya-Rohingya tersebut berlagak bagaikan samseng dan sering berlaku pertengkaran di kawasan sekeliling pasar di antara mereka dan drebar-drebar lori penghantar sayur2an dan lain-lain barang dagangan sebab peniaga-peniaga haram Rohingya itu menjual sayur-sayur buangan peniaga pasar itu di tempat parking lori dan kereta.


Rohingya dan Bangla besar kepala dan berlagak seperti Mafia di kawasan Selayang sebab mereka ada 'backup' dari Tauke-tauke Cina yang menyewakan tapak dan premis kediaman kepada mereka. Bila di sergah warga tempatan, ada Rohingya yang menjawab sudah bayar kepada 'DBKL'!


Sungguh memalukan bila kita tengok lambakan pendatang asing di kota raya Kuala Lumpur sehingga warganegara Malaysia sendiri sudah rasa tidak selamat bila berada di bandaraya KL! Saksikan sendiri:


Semuanya berpunca dari siapa??? Tak lain tak bukan sebab adanya kelaziman para anggota penguatkuasa DBKL makan suap. Bila soal pendatang-pendatang asing yang berniaga sesuka hati mereka di kotaraya dan sekeliling Pasar Borong Selayang, jawapannya sama! 'Sudah bayar sama DBKL!'



Tak ke memalukan bangsa dan negara???

Demi segenggam duit ringgit, kedaulatan negara kita di gadaikan oleh golongan kaki makan duit 'kopi' DBKL dan pasukan beruniform yang lain. Saya tak tuduh semua tetapi bak kata pepatah Melayu,'Siapa yang tergigit cili, terasa lah pedasnya!'