Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, May 24, 2020

Teks Khutbah Solat Sunat Aidilfitri 1441 Hijrah - Panduan Khatib Segera seNusantara!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ya Ikhwanul Muslimin. Saya ingin berkongsi panduan Teks Khutbah Aidilfitri yang ringkas tetapi amat penting berikut bagi kita yang menjadi suami/ ketua keluarga bagi tugasan sebagai Khatib Segera pagi esok! 😅😁😆
Ingat ketupat saja ke yang ada segera? Hehehehe..

Klik kat pautan di bawah ini dan muat turun ke komputer laptop atau tablet anda:

1hb Syawal, 1441 Hijrah ni, Allah Azza Wa Jalla memberikan Tauliah Khas Cukup Istimewa ini melantik sekelian kita, kaum Adam Alaihis Salam, untuk menjadi Khatib Solat Sunat Aidilfitri selepas sebulan Ramadhan menjadi Tok Imam Tarawih, 1441 Hijrah juga.
Allah cukup sayang kita, tuan tuan. Ingat senang ke nak dapat jadi Khatib?
Nak kena gi 'training' bagai nak rak kat Akademi akademi Islam dan kemudian kena melalui pelbagai tapisan JAKIM, JAIS, JAWI dan segala JA yang dok ada!
Makanya, rebutlah peluang teristimewa ini pagi nanti. Bawa bertenang. Usah kalut dan kelam kabut. Kalau tersasul ke apa, orang rumah dan anak anak takkan kata apa apa melainkan tergolek terguling, ketawa berdekah-dekah selepas beri salam nanti. 🤣😅😁
Steady aa Tok-Tok Imam/Khatib Segera 👍💪✊
Semoga wabak Covid 19 ni akan tiada lagi dalam waktu-waktu terdekat. Amin ya Allah 🤲🤲🤲🤲🤲
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali saya,
Haji Zainol Abideen
@ Blogger Mahaguru58.


Andaikata ada salah dan silap saya terhadap sesiapa, saya mohon kemaafan dari anda.
Akhir kata, jangan dok pi main mercun bola, ya! Putuih jari jemari nanti. Jangan menyesai tak sudah!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillah il hamd!