Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, June 05, 2020

Tatkala wabak pandemik Covid-19 melanda negara, ahli politik Malaysia rakus berebut kuasa!

Assalamualaikum para pembaca budiman. Dewasa ini, kita sedunia sedang melalui satu zaman di mana wabak penyakit Coronavirus atau Covid-19 sedang merebak, membunuh ratusan ribu manusia dan menyebabkan kehidupan sejagat turut tersekat, tidak bebas kesana sini seperti biasa.

Kerajaan Malaysia mengeluarkan PKB @ Perintah Kawalan Bergerak ke atas kita pada 18hb Mac, 2020 nan lalu melarang warganegara keluar ikut sesuka tanpa perlu. Makanya secara tidak langsung, kita semua seakan di hukum penjara di kediaman masing-masing.

Saya hairan melihat perangai dan sikap tidak bertanggungjawab sebahagian besar orang-orang politik negara kita yang seolah tidak mengambil peduli akan keadaan merbahaya terhadap pentingnya kesejahteraan kita bersama di ketika ini dengan akur terhadap kewajipan akur terhadap PKB ini dan menumpukan perhatian tentang cara-cara menjaga kesihatan tubuh badan, zahir dan batin serta keseimbangan mental serta keyakinan diri.

Untuk berjaya mengharungi musim perintah berkurung di dalam rumah masing-masing, memerlukan ketenangan jiwa dan kesepakatan seluruh warganegara tanahair ini untuk seia-sekata menghadapi ancaman pandemik Coronavirus ini yang telah meragut sebegitu banyak nyawa di seluruh dunia.

Namun dikala dunia sedang berusaha untuk menghentikan penularan Coronavirus @ Covid-19 ini, kita dikejutkan dengan berita kerakusan sebilangan besar ahli-ahli politik negara kita yang enggan #dudukdiamdiam menanti bahaya ini berlalu pergi dan sebaliknya sedang berusaha sedaya mungkin untuk berebut kuasa politik dengan lobi-melobi tak sudah-sudah untuk mempengaruhi satu sama lain untuk melompat parti dan berubah kesetiaan terhadap pemimpin sedia ada.

Nafsu untuk berkuasa dan menjadi perdana menteri tidak pernah reda dan terus meluap-luap walau pada diri yang sudah berusia senja dan hampir tidak bermaya. Ada pulak yang berkokok tidak sudah-sudah dan walau tercemar dengan segala macam dosa dan noda, tetap berkeinginan mencapai puncak persada tanpa redha dengan apa yang sudah ada.

Apatah lagi yang dari golongan yang keturunan nya berasal sebagai para penghijrah pencari rezeki dan suaka, ingin pula berubah dari berkeadaan sebagai cacing kerawit mahu  menjadi sang naga. Sebelum ini, mereka sudah berjaya merasai segenggam kuasa dan rakus merasa, kepuasan duduk di puncak pentadbiran dan hampir berupaya menjadi ular lidi menelan sang sawa. Semuanya kerana apa? Sebab Melayu sebenar sudah lupa.

Ingin saya kongsikan beberapa rangkap pantun petikan dari Almarhum Tengku Nasyaruddin Effendy @ Tenas Effendy, Sang Pujangga penerus Adat Resam dan Kebudayaan Melayu yang berasal dari Kepulauan Riau, Indonesia yang sarat dengan pesanan dan nasihat berguna bagi mereka yang berketurunan dan hidup bercirikan susur galur warisan Rumpun Melayu seNusantara.
Almarhum Tengku Nasruddin Effendy

Apabila jaga meninggi hari,
             Banyak kerja tidak menjadi,
Apabila suka iri-mengiri,
             Rosak binasa seisi negeri.

Pengertian dari maksud pantun di atas boleh kita rumuskan sebagai merujuk kepada keadaan semasa, di mana para pemimpin mereka yang mengaku Melayu, asyik cantas mencantas di antara satu sama lain di dalam negara ini.

Begitu ramai yang mengaku diri sebagai bijak pandai tidak sadar akan hakikat bahawa perbuatan mereka berebut kuasa akhirnya akan menjadikan ketuanan orang-orang Melayu di tanahair sendiri, hancur lebur, rosak binasa.

1. Apabila hendak memberikan amanah ,
          Berikan kepada orang yang bermaruah.

2. Apabila amanah hendak diserahkan,
          Serahkan kepada yang teguh beriman.

3. Apabila amanah hendak berlanjut,
          Serah kan kepada yang patut-patut.

4. Apabila amanah hendak kekal,
          Serahkan kepada orang yang berakal

5. Apabila amanah hendak bermanfaat,
          Serahkan kepada orang yang taat.

6. Apabila amanah hendak berjaya,
           Serahkan kepada orang yang terpercaya.

7. Apabila amanah hendak di wariskan,
            Wariskan kepada yang rela berkorban.

 8. Apabila mencari pemangku amanah,
             Cari lah yang tidak bercabang lidah.

 9. Apabila amanah hendak di beri
             Berikan ke orang yang tahu diri.
   
10. Sebelum amanah di berikan ke orang.
             Kelebihannya di tengok, kelemahannya di timbang.

Pemimpin Melayu itu seharusnya berkeperibadian yang tinggi dan berakhlak mulia. Jujur kata-kata nya yang lahir dari jiwa yang senantiasa menjaga serta berwaspada terhadap setiap ucapan dan tutur katanya, seraya teguh berlandaskan Syariat Allah dan Adat Resam Melayu Raya.



Bukan lah ia seorang pemimpin Melayu sejati sekiranya hari ini ia berkata begitu begini dan esoknya pula menafikan serta beralih bicara. Itu hanya menyerlahkan dirinya yang sudah bercabang lidah dan sering mudah berdusta.

Apabila lutut sudah bergoyah,
          Tegak mengerang duduk mengeluh,
Apabila mulut suka memfitnah,
          Banyaklah orang menjadi musuh.

Bukan suka suka mengarang kata. Tulisan saya ini berasaskan fakta. Sudah kurang pemimpin budiman di tanahair kita ini. Ianya terbukti didalam lipatan sejarah. Media massa tidak sunyi menyiarkan berita. Lengkap berbukti dan juga rakaman suara serta paparan visual yang nyata.

Seharusnya kita semua mengambil kira akan segala sudut tentang latar belakang seseorang yang mahukan kuasa dan mentadbir negara. Apakah ia layak duduk di puncak persada atau sekadar ingin merompak, menyamun, menyonglap segala apa khazanah negara?