Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, July 14, 2020

Tun Mahathir, YB Langkawi terduduk kena serang YB-YB BN! Ambik Hang!!!




Al-kisah, maka Mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7, YB dari Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semalam lemah terduduk selepas di-serang bertubi-tubi oleh YB Baling, Dato Azeez Rahim, YB Kinabatangan Dato Seri Bung Mokhtar Raden dan YB Arau, Dato Seri Shahidan Kassim!!!

Padan Muka! 

Nampak jelas di sini bahawa Tun Dr.Mahathir Mohamad dari statusnya sebagai seorang Negarawan yang dahulunya amat di hormati kini pandangan nya sudah tiada lagi di terima oleh kebanyakan Ahli-Ahli Parlimen terutamanya dari kalangan mereka yang terdiri dari parti UMNO, parti asal Tun Dr.Mahathir.

Demikian lah putaran roda dunia. Dahulu, semasa Tun Dr. Mahathir berkuasa sebagai Perdana Menteri, setiap pandangan dan pendapatnya jarang di sanggah dan di-perlekehkan baik dari parti sendiri mahupun dari parti lawan. Kini, tiada lagi rasa hormat atau gerun di hati kebanyakan Ahli-Ahli Parlimen Malaysia.


YB Pasir Salak, Dato Seri Tajuddin Abdul Rahman

YB Pasir Salak, Dato Seri Tajuddin Abdul Rahman malah bangun menyampuk dan berkata ' sudah sudah lah Tun dengan cerita dongeng'! 


Hancur sudah saki baki rasa hormat Ahli Parlimen BN terhadap Tun Dr. Mahathir yang lupa bahawa setiap yang berkuasa akan lemah tidak berdaya apabila sampai waktu dan saatnya menurut takdir Ilahi.



YB Port Dickson, Dato Seri Anwar Ibrahim, mangsa politik dendaman Tun Dr. Mahathir yang sering kena kencing oleh orang tua tersebut, langsung tidak bangun mempertahankan YB Langkawi dari serangan bertubi-tubi Ahli-Ahli Parlimen UMNO berkenaan.

Mungkin di dalam hati Anwar, ia terasa suka kerana musuh dalam selimutnya kena sergah tak sudah-sudah didalam cubaan YB Langkawi untuk menyoal kenapa pemecatan Speaker Dewan Rakyat sebelum ini Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff disuruh mengosongkan jawatannya oleh Perdana Menteri ke 8, YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Yasin sedangkan beliau telah menjalankan tugas nya sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat ke-9 dengan amat cemerlang?

Tun Dr. Mahathir Mohamad lupa bahawa apabila bertukar sahaja kerajaan di peringkat persekutuan, maka sudah lumrah akan bertukar lah setiap pegawai tertinggi setiap jabatan dan agensi negara menurut ketentuan perdana menteri yang baru berkuasa ketika itu.



Pelanduk mungkin melupakan jerat; tetapi jerat tak pernah lupa terhadap sang pelanduk! 

Makanya, sedar lah diri itu sudah tiada lagi berkuasa sebagai Perdana Menteri dan kini cuma seorang Ahli Parlimen biasa malah tiada mempunyai sokongan dari mana mana parti politik. Ahli Parlimen Bebas yang sudah terbabas! 




Hawau! ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜…๐Ÿ˜œ