Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, August 31, 2020

Merdekakan minda kita dari terjajah dengan tanggapan salah tentang kemampuan diri dan warga negara ini.


Alhamdulillah! Sekali lagi kita berpeluang menyambut ulangtahun kemerdekaan tanahair kita nan tercinta ini yang kini berusia 63 tahun bagi sebuah negara yang terdiri dari 11 negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini @ Malaya dan negeri negeri Sabah serta Sarawak di Borneo sana.

Ikuti dokumentari-dokumentari bersejarah dari Filem Negara yang merakamkan detik detik bersejarah peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan Malaya dari penjajahan British selama 170 tahun pada 31hb Ogos 1957.




Sudah 63 tahun, tanahair kita ini bebas dari belenggu penjajahan pelbagai bangsa dan negara bermula dari Portugis di ikuti Belanda, kemudian nya orang-orang Inggeris dan Jepun. 

Bilamana Jepun kalah di dalam Perang Dunia ke 2, pihak British kembali semula dan mahu terus menghisap darah serta hasil dari bumi ini serta mahu menyamaratakan hak penduduk pribumi dengan kaum penghijrah yakni Cina dan India.

Maka orang-orang Melayu bangun memberontak dan menentang Inggeris serta menolak rancangan Malayan Union yang mahu di laksanakan British di Malaya semasa itu. Jika tidak kerana penentangan rancangan British itu oleh Datuk Onn Jaafar dan pemimpin-pemimpin Melayu secara tegas, sudah tentu Sultan-Sultan serta Raja Melayu hilang takhta kesultanan masing-masing.

Pada tahun 1963, Negara Malaysia di tubuhkan dengan gabungan 11 negeri di Semenanjung dan Singapura serta Sabah dan Sarawak. Singapura di bawah pemerintahan Perdana Menterinya Lee Kuan Yew lebih cenderung terhadap penyamarataan hak di antara semua bangsa dan kaum di Malaysia dan ingin parti PAP Singapura menggantikan MCA bagi mewakili orang-orang berbangsa Cina.


Menyedari muslihat Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Malaya dan kemudian nya Negara Malaysia mengambil keputusan mengarahkan Timbalan Perdana Menteri Dato Abdul Razak mengusir Singapura dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.

Lihat sahaja nasib orang-orang Melayu di Singapura hari ini. Mereka mengalami diskriminasi kaum di mana Cina Singapura menguasai kerajaan republik itu dan orang-orang Melayu jauh ketinggalan dari Cina dan India di republik tersebut. Mujur Tunku Abdul Rahman mencantas Lee Kuan Yew awal awal dari merampas kuasa dan hala tuju negara ini mengikut kemahuan nya dan PAP.

Saya tidak mahu menulis panjang tentang apa yang telah berlangsung seterusnya di dalam perjalanan kehidupan negara kita selepas itu. Cuma saya mahu orang orang Melayu se Malaysia sedar diri dan apa yang bakal mereka hilang sekiranya kedaulatan orang-orang Melayu serta Ad Deenul Islam tidak di jaga dan di kekang kehendak puak puak yang mahu menjajah tanahair ini pula dari dalam.

Cantas semasa masih bertunas dan usah biarkan cacing kerawit menjadi naga! Cegah sebelum parah dan tamatkan persengketaan sesama ummah serta berusaha lah menjauhi hasad dengki yang boleh menjahanamkan masa depan tanahair tercinta ini.


Nikmati lah nyanyian lagu lagu patriotik ini dari anak anak dan cucu saudara saya yang di rakam pada tahun 2008 dahulu! Kini mereka sudah membesar dan ada yang menjadi Anak Permata Pintar Negara! 

Alhamdulillah! 👍

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Tanahair kita yang ke 63!

Saturday, August 29, 2020

Psst! Any part-time 'lobang' @ business opportunities?

Good morning. I wish every one of my readers and followers the best of health and may life be easier for us.

In these times where the Covid-19 pandemic is still going around, quite a large number of people have lost their jobs and in a way are looking for other opportunities or sources of earning an income by becoming self-employed by offering their services to the online community via their personal blogs, Facebook pages, etc.


The problem is that many just ask if there are any '
lobang' @ 'opportunities' but from my personal observances, they fail to follow up with their queries.

They do not have that 'sense of urgency' or commitment to really do something different in order to gain new skills or know how in order to get the side business that they ask for.

To succeed in any business, one must really have that burning desire from deep within themselves and the willingness to follow up with the steps to acquire new skills and learn how to do what they intended to earn those extra ringgits.


Many lack the drive and commitment to even call or message me as they promised. Frankly speaking, out of 10 persons who ask me for any opportunities, 9 or even the whole lot of them fail to follow up.

So, who will they blame for their sorry state of affairs?

God! 

These half-hearted folks have only themselves to blame but as usual, it is always others whom they find fault with or worse still, blame the government. 

Most Malaysians have a subsidy mindset. They expect someone else to come and spoon feed them! Daily!

😬