Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, February 28, 2021

AEON sabotaj pemasaran Nu Mee Gardenia di pasarayanya? Buktinya!

 Semalam saya dan isteri pergi ke AEON Taman Maluri, Kuala Lumpur untuk membeli barang2 keperluan dapur.

Saya terserempak dengan rak produk Mi Kuning jenama Nu Mee keluaran Gardenia milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari di sudut yang gelap dan jauh dari produk2 mi kuning milik Cina!

Produk Nu Mee ini di letakkan di sudut yang gelap, jauh dari produk2 Mi Kuning keluaran syarikat2 bukan Muslim yang di suluh dengan cahaya terang lampu2 di rak bersimbah hawa dingin.

Produk2 Mi Kuning keluaran syarikat2 bukan Muslim disusun rapi di rak bersimbah cahaya lampu yang terang dan hawa dingin!!!

Apa kejadahnya ini?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tak pernah hantar pegawai2nya memeriksa dan memantau cara pasaraya2 ini memasarkan produk2 keluaran Bumiputera dan Muslim ke?

Segala perkara seperti ini perlu di utarakan Blogger seperti saya, baru nak angkat buntut dan berpura pura bertindak???

@#$%&&^ kamu semua lah!

Saya perasan perbuatan sabotaj serupa di pasaraya2 lain seperti Tesco dan sebagainya!

Saturday, February 27, 2021

RTM TV1 bawah Menteri KKMM Saifudin Abdullah masih JAHILIYYAH???

Dah masuk tahun 2021 Masehi bersamaan 1442 Hijrah! RTM TV1 ternyata masih dibawah pentadbiran mereka yang berperangai seperti JAHILIYYAH terutamanya Badan Pengurusan RTM dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia sekarang, Dato' Seri Saifuddin Abdullah.


Mereka di atas dalam carta organisasi Jabatan Penyiaran Malaysia / RTM ini yang menentukan dasar kod pemakaian dan cara penampilan para penyampai berita TV serta wartawan yang bertugas.

Zaman Pakatan Harapan, Menteri KKMM, YB Gobind Singh Deo. 

Nak kelepiaq atas dahi dia jika kata dia bukan Melayu Muslim dan tidak akan menekankan isu isu menjaga aurat para petugas dan kakitangan RTM terutamanya mereka yang muncul di kaca televisyen tu, mungkin boleh terlepas kot!

Ini zaman pemerintahan Perikatan Nasional yang berperdana-menterikan Tan Sri Haji Muhyiddin Hj Yassin! 

BerMenteri Agama YB Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Mufti Wilayah Persekutuan. 

Setakat ni, belum berbunyi langsung tentang bab aurat penyampai berita TV wanita Muslimah. Kes 'Sum Mum Buk Mum Om Yom Fahum Laa Yarji'uun, kot?


Menteri KKMM seorang Melayu Muslim bernama Dato' Seri Saifuddin Abdullah!

Semua mereka di atas ini ada tugas dan tanggungjawab masing-masing di atas hal yang bersangkut dengan soal aurat petugas RTM yang muncul di skrin TV.

Kalau Margaret Gambang ke apa, kita tak kisah. Dia bukan Muslimah.

Soalnya sekarang, siapa nak bertanggung jawab ke atas dosa Muslimah dibawah ini yang 'terpaksa' togel kepalanya semasa bertugas menyampaikan berita di TV1?

Semua di atas termasuk Ketua Ketua Agama Islam seMalaysia!!!

'Small matter' ke brader?

Allah Subhanahu Wa Ta'ala perintahkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam untuk menyampaikan kepada mereka yang beriman untuk menutup dan menjaga aurat masing-masing!

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab, Ayat ke 59 'Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'

Soal Aurat ni bukan perkara kecik brader! 


Saya sekadar memperingatkan semua yang punya tanggungjawab ke atas perkara pendedahan aurat Muslimah yang bertugas di RTM terutamanya mereka yang muncul di skrin kaca televisyen supaya melakukan perubahan ke arah memelihara aurat Muslimah dibawah seliaan mereka.

Sunday, February 21, 2021

Wau Bulan - Traditional Kelantanese Dikir Barat awesomely sung by American, Singapore, Japanese, International Choirs!

As a Malaysian, I felt immensely proud and had tears streaming from my eyes as I watched these foreigners sing our Malaysian Traditional Dikir Barat songs from Kelantan so beautifully and receiving thunderous applause from the mesmerised audiences.

International Singing Week Flanders arrangement by Tracy Wong

Vocal Ensemble Caloroso

Sage singing with the CYC

If you are a true Malaysian watching this, you'll surely get goosebumps tingling all over you! Look at how well they sing and the energy they exhibit as they perform so passionately, our Malaysian heritage song!

iSing Silicon Valley

These talented performers add a certain finesse to the performance of one of our country's musical heritage. You can see the huge difference in the way that these young stars sing and deliver their act. Quite polished, I must say.

Cincinnati Youth Choir

Oakville Choir for Children and Youth

Hamilton's Childrens Choir

Do you notice that some of these performances take place in church halls and auditoriums as those places have amazing acoustics! Their audiences are also very appreciative and applaud the performers, encouraging them.

Ikeda Junior Choir

Singapore Wisma Geylang, Dikir Barat Jamming Session

The 'Wau Bule' song was composed and sung by Allahyarham Seman Mamat a.k.a. 'Seman Wau Bule' who passed away at his home located at Kampong Belukar Beta Hulu, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim on the 29th of May, 2005. He was 65 years of age. Seman Wau Bule was Kelantan's Arts Icon. May Allah bless his soul with Jannah @ Paradise. Ameen.


Video below shows him performing in traditional Malay Heritage Couture during a mega Dikir Barat show where 45 groups, 85 musicians and a 1000 Dikir Barat singers gathered at the Kota Bharu Stadium where the Kelantan Queen @ Sultanah was in attendance.


Arwah Seman Wau Bulan must truly be pleased to see his song performed all over the world, so beautifully like what we have witnessed in the videos here.

Seruling Kasih Group featuring Emie Sukmasari & Amran DBA

A typical Malaysian Dikir Barat performance

I hope that Malaysians will preserve our traditional Malay Heritage & Culture as it was first created by the original artistes and not make needless improvisations as it will destroy the values and significance to our country's identities.

Friday, February 19, 2021

Kes CEO Sugarbook ~'Khilaf' Noorasyikin Sahat- Timbalan Pendaftar Mahkamah tolak permohonan reman PDRM - maklumat terkini.

 

Bilamana keluar berita bahawa Noorasyikin Sahat, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, menolak permohonan reman dari PDRM untuk menahan Darren Chan, pengasas aplikasi Sugarbook, portal persundalan terbesar di media maya, saya terasa amat marah.

Darren Chan, Pengasas Sugarbook

Iklan Sugarbook di media sosial

Apa kejadahnya ini? Sanggup si Noorasyikin Sahat ini menghalang Polis Di-Raja Malaysia dari menahan si Barua Durjana @ Muncikari Laknatullah ini didalam lokap polis sementara menunggu hari pembicaraan kes!

Sudah tergerak dalam hati untuk saya pergi membuat laporan polis terhadap si Noorasyikin Sahat ini. 

Nawaitu saya adalah untuk pihak #PDRM dan kemudian #SPRM menyiasat samada si Noorasyikin Sahat ini ada apa apa 'perjanjian' dengan si Darren Chan, nakharam ini, supaya menggagalkan apa apa tindakan pihak berkuasa terhadapnya?

Hari ini, saya menghubungi beberapa kawan peguam saya untuk bertanyakan perkara ini. 

Salah seorang dari peguam tersohor negara kita ini telah memaklumkan saya bahawa Yang Arif Datuk Noorin binti Badaruddin, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam (Jenayah 2) telah membatalkan keputusan Timbalan Pendaftar berkenaan dan membenarkan tahanan reman PDRM terhadap muncikari Darren Chan!

YA Datuk Noorin binti Badaruddin
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam (Jenayah 2)
P.M.W.
Ya Allah, Ya Rabbul Jalil, Engkau Rahmati lah YA Datuk Noorin Badaruddin, Hakim kami ini dengan segala keberkatan dunia ini dan selamatkan lah ia dari segala mara bahaya dan hasad dengki, Jin, Syaitan dan MANUSIA!!!

Sahabat peguam tersohor saya itu, turut menasihati saya supaya tidak meneruskan niat saya untuk buat laporan polis itu melainkan saya ada bukti sahih tentang jenayah yang telah dilakukan si-polan tersebut. 

Menurut kawan saya, peguam terkemuka tu lagi, saya perlu membuktikan bahawa ada 'criminal intent' @ 'niat jenayah'. Sekadar 'khilaf' tak jadi satu kesalahan jenayah. Harap harap begitu lah.

Saya pelik dengan keadaan di dalam negara kita ini. 

Kita ada 9 orang Sultan dan Raja Melayu. Setiap Baginda Tuanku ini mengangkat sumpah, menjunjung Kitab Suci Al Quran Al Karim dan bersumpah untuk memelihara kesucian Agama Islam [termasuk penganut2 nya].

Berikut petikan Lafaz Sumpah DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong yang saya ambil dari Perlembagaan Persekutuan Negara Malaysia:


'Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri'.

Sekadar memperingatkan Ke Bawah Duli Tuanku agar memperkotakan kata, memaknai Sumpah Keramat Tuanku untuk memeliharakan pada setiap masa Agama Islam.

Makanya hamba ingin bertanya,' Apakah pengertian Duli-Duli Tuanku sekelian mengenai ertikata lafaz sumpah Duli-Duli Tuanku itu dengan lafaz 'Wallahi! Wabillahi! Watallahi!?

Islam itu hidup dengan pengamalan Syariat nya, Tuanku. Ia tidak akan wujud sekiranya tidak di tegakkan dengan pelaksanaan Undang Undang Syariah yang telah di-maktubkan didalam Perlembagaan Negara dan dilaksanakan melalui tindakan Penguatkuasaan oleh pihak yang diberi kuasa.

Takkan cuma sekadar kata kata sahaja tanpa dilaksanakan Perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan anjuran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam, yakni:      

'Dalam hadits shahih disebutkan. مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَانِ “yang bermaksud 'Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya [Kuasa yang ada padanya]; jika tidak mampu, maka dengan lisannya [seperti penulisan Blogger ini]; jika tidak mampu juga, maka dengan membenci akan maksiat itu di dalam hatinya [Na'uzubillahi min zalik!], itulah selemah-lemahnya iman.“[HR. Muslim dalam Al-Iman (49)]

Jadi, kejahatan itu dapat diubah dengan tangan oleh seseorang yang mampu melakukannya, seperti Duli Tuanku Sultan atau Raja yang memerintah, pihak berkuasa seperti Polis Di-Raja Malaysia, Menteri Agama atau pihak Mufti, JAKIM, JAWI, JAIS, dan segala Jabatan Agama Islam Negeri, serta agensi yang secara khusus bertugas untuk menangani masalah ini, pemimpin yang mempunyai kuasa dalam hal ini seperti para Pendakwa Raya serta Para Hakim dan Majistret yang bertugas, serta setiap Ketua Kampong atau Penghulu serta ketua ketua keluarga dan pemimpin masyarakat terhadap orang-orang di rumahnya dan terhadap anak-anak dan keluarganya sejauh kemampuan masing-masing. 

Adapun orang-orang yang tidak dapat melakukannya, atau jika menggunakan kuasa persendiriannya mungkin akan mendatangkan bahaya dan penentangan terhadap dirinya, maka dia  boleh bersuara dengan lisan atau melalui tulisannya. 


Pendekata, penguatkuasaan Undang-Undang Syariah di Malaysia terbukti cukup lemah dan memalukan. 

Bagaikan Maksiat boleh sahaja bermaharajalela di negara yang mengaku sebagai Negara Islam.

Luahan hati seorang 'Muslimah' Melayu Malaysia yang sudah 'insaf'.

Billboard [Papan Tanda Gergasi Sugarbook] di Bangsar sebelum ini.



Mujurlah dengan keputusan Yang Arif Datuk Noorin binti Badaruddin, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, membatalkan keputusan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Noorasyikin Sahat menolak permohonan reman oleh PDRM, terhadap Darren Chan, pengasas aplikasi Sugarbook, maka hari ini pihak PDRM berjaya menahan semula Darren Chan, Muncikari Sugarbook!


Nasihat saya pada pihak seperti Noorasyikin Sahat dan mana mana pegawai mahkamah adalah untuk bermuhasabah diri dan fikirkan tentang natijah keputusan anda terhadap usaha pendaulatan Undang-undang dan Syariat Allah di bumi tanahair tercinta ini.

Jangan menyesal nanti andaikata kekhilafan anda di anggap sebagai satu cubaan sengaja menghalang pihak berkuasa seperti Polis Di-Raja Malaysia untuk menegakkan undang undang negara dan anda menjadi sasaran maki hamun dan sumpah seranah dari umat Islam seMalaysia!