Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, February 28, 2021

AEON sabotaj pemasaran Nu Mee Gardenia di pasarayanya? Buktinya!

 Semalam saya dan isteri pergi ke AEON Taman Maluri, Kuala Lumpur untuk membeli barang2 keperluan dapur.

Saya terserempak dengan rak produk Mi Kuning jenama Nu Mee keluaran Gardenia milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari di sudut yang gelap dan jauh dari produk2 mi kuning milik Cina!

Produk Nu Mee ini di letakkan di sudut yang gelap, jauh dari produk2 Mi Kuning keluaran syarikat2 bukan Muslim yang di suluh dengan cahaya terang lampu2 di rak bersimbah hawa dingin.

Produk2 Mi Kuning keluaran syarikat2 bukan Muslim disusun rapi di rak bersimbah cahaya lampu yang terang dan hawa dingin!!!

Apa kejadahnya ini?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tak pernah hantar pegawai2nya memeriksa dan memantau cara pasaraya2 ini memasarkan produk2 keluaran Bumiputera dan Muslim ke?

Segala perkara seperti ini perlu di utarakan Blogger seperti saya, baru nak angkat buntut dan berpura pura bertindak???

@#$%&&^ kamu semua lah!

Saya perasan perbuatan sabotaj serupa di pasaraya2 lain seperti Tesco dan sebagainya!